BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 2, 2009

Ayah dan Ibu


Aku pernah di tanye oleh seorang sahabat aku...pasal r ko balik kg slalu.kat kg bkn ade pun...aku hanye senyum..jauh di sudt hati aku,aku punyai alasan yang tersendiri...kalau d fikirkan balik, malas btol nak balik kg..kalau bernasib baik hanya 2x bus..tapi kalo nasib tak baik smpai 4x tkr bus..slalunya nsb tak baik..heheh..tp itu bkn alsn..kat kg, aku ade family.aku ade ibubapa..aku tak tau la korang semua sedar ataupun tak..dlu waktu kte kecik,bapak kita gagah buat kerja2 umah,jarang kne sakit.ibu kita kuat melakukan kerja-kerja rumah.kedutan kat muka dorang pun takde.tapi skang dah mkn byk kedutan..rambut pun dah mkn byk beruban..dah segagah dulu..malah mase kita ngan mereka pun semakin singkat..dulu dlm seminggu berape kali kita sembang ngan dorang? bape kali bergurau ngan dorang? tapi skang dalam sminggu bape kali? kita sering memberi alsan sibuk..aku faham memang kesibukan akan mendakap kita semua,aku pun begitu, tapi tak salah kalau ade mase kita pulang ke kg berjumpa mereka. gembirakan hati mereka..betapa gembiranya hati ibubapa jika kita pulang ke kg..nampak keceriaan terpapar di wajah mereka..besar pahalanya...aku nak ajak korang refresh balik mase lampau.Apekah benda derhaka yang korang buat kat makbapak..aku rase semua pernah tinggikan suara?betapa besar dosa kita buat cmtu...skang kita dah dewasa. ape lagi yang mampu kita buat.bkn rumah besar,kereta besar atau pangkat besar yang makbapak kita nak lihat..jauh di sudut hati mereka,mereka ingnkan anak mereka berada sentiasa dekat dengan mereka..sebab tu aku slalu balik kg..dlu aku pernah melakukan kesilapan kat orang yang paling aku sayang..kerana kesibukan aku, aku tak sempat nak tgk, nak melawat tok aku ketika die tengah nazak.akhirnya aku hanya sempat tgk mayatnye sahaja.apakah makna semua tu?dah takde mane ape2..berderai air mata darah pun takkan dapat ulang kembali masa...aku taknak aku ulangi lagi kesilapan...kawan aku pernah ckp, bnde tu bese r..ntah2 kte pergi dulu...aku bls balik...itu kalau kita..kalu dorang?ble dah dorang tak de baru kita nak sanjung..nak menangis..takde guna dah..di kesempatan yang ade ni baik kita gembirakan hati...ti ble kte dah ada komitmen lain seperti kuarge..peluang kita mkn sempit..bagi aku mak bapak adalah segalanya..aku pernah tgk ibu melahirkan anak..aku tau betapa susahnya pengorbanan dorang...bapak pula,walaupun takde duit dia carikan gak..mungkin sebab tu la tulisan aku selalu berkaitan ibubapa...kerana aku menyanjungi mereka..aku akan bals jasa mereka dgn menyayangi mereka..Terima Kasih ayah dan ibu..

Tuesday, December 1, 2009

Perubahan Penyakit


zaman dulu, waktu zaman ayah2 kita n nenek kita. pola penyakit pada waktu itu disababkan oleh alam (environmental disease). penyakit seperti disentri,cholera (cirit birit), malaria, filariasis (untut) dan byk lagi adalah dikaitkan dgn tahap kebersihan dan penyakit bawaan vektor seperti nyamuk. ini adalah disebabkan tandas yang tidak sempurna waktu dahulu dan tahap kebersihan alam sekitar yang kurang terkawal pada waktu itu. malah tandas bergerak juga amat popular pada zaman itu. ini telah mengakibatkan penyakit2 environmental disease ini.malah vektor bagi malaria dan filariasis juga dikaitkan dengan air yang kotor. Namun perubahan zaman telah berlaku dengan pantas. pola penyakit juga telah berubah dengan pantas. dari environmental disease kepada life style disease. penyakit gaya hidup adalah masalah terbaru yang cukup memeningkan kementerian kesihatan. diabetes (kencing manis), hypertension (darah tinggi), barah dan byk lagi adalah berpunca daripada gaya hidup seseorang. corak masyarakat di malaysia kini yang mengamalkan gaya hidup yang tidak betul juga menjadi punca peningkatan masalah ini. gaya pemakanan yang berlemak, krg bersenam,merokok dan mengambil alkohol adalah punca utama yang dikenalpasti. rakyat Malaysia perlu sedar bahawa penyakit ini adalah amat sukar untuk dirawat. berbeza dgn environmental disease, terdapat rawatan yang spesifik terhadap penyakit itu. Namun life style disease adalah sukar dari segi rawatan. Mereka akan bergantung kepada ubat sepanjang hayat. Pola penyakit akan berubah mengikut zaman dan apa yang dirisaukan ialah suatu hari anti mungkin pola penyakit akan berubah lagi. Lihatlah sekarang,tanda2 sudah ada. mutasi virus disebabkan oleh kaonteksasi daripada dua haiwan. samada manusia dengan haiwan ataupun haiwan dengan haiwan. cthnya yg terbaru ialah H1N1. sma2lah kita berdoa agar kita dilindungi.amin.

ALLAh yang lebih mengetahui,
Mohd Hafiz, A.M.O.
Suara duka angin Gaza
Gegar jantung bumi kita
Nyawa anak di hujung senjata
Tangisan bonda hanya sia-sia
Masirah anak al-durrah
Nek zarim bermadi darah
begitu megah, mata memandang dusta
Masirah dalam al-marah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan

Berbaris-barislah
ke satu arah
jangan sampai berpisah menyusun langkah
cari-cari erti kedamaian
dalam jiwa tersirat jawapan
kita menanti di tangan pembelaan



Bila kita tengok balik peperangan yang berlaku kat dunia luar, rase bersyukur sangat sebab dapat tinggal kat dalam negara kita yang penuh aman damai ni. tapi kita janganlah terlalu berasa selesa dengan keamanan yang kita kecapi ni. sesungguhnya sejarah boleh berulang. simpati rasenya terhadap saudara Islam kita di luar sana yang terpaksa bermandi darah kerana kekejaman orang kafir yang berniat jahat. takut plak rasenya bila difikirkan, lihatlah remaja skang. dikala remaja di afganistan,iraq sedang asyik bersedia untuk berperang, malah begitu berwaspada tentang ancaman negara taklukan kafir namun remaja kita sedang asyik menghidu gam dan berlumba haram. malah begitu waspda dalam memilih jenama. sentiasa memuja barangan buatan negara jajahan kafir...Y ALLAh lindungi lah negara ku dari orang-orang kafir yang berniat jahat...amin.

Sunday, November 29, 2009

Kembali Pada Islam

Minggu yang memenatkan bagi aku...aku dihujani dgn kerja2 yang bertimbun sbagai timb pengerusi induksi...dihempap dgn berbagai masalah...cukup menyakitkan kepala...tertekan dengan keadaan namun aku masih ade peluang untuk mengadu...aku tau peluang ini akan sentiasa diberikan kepada aku...didalam segala tekanan yang melanda aku letakkan segala aduan kepada ALLAH...dia yang maha kuasa...tiada lain...syukur segala urusan aku di AS slesai dgn jayanya...apa yang ingn katakan disini, walau apapun yang berlaku terhadap diri kita, kembalilah pada ALLAH...letakkan segala pengharapan kepadanya...dia yang maha kuasa lagi maha menyayangi...mungkin apa yang kita minta tidak ditunaikan di kala ini, jgn bersedih, dia lebih mengetahui ape yang sepatutnya...kenapa aku katakan begini...walau telah byk dosa yang aku lakukan namun ALLAH tetap makbulkan doa aku...byk kesalhan yang aku lakukan namun apbila aku mengangkat tgn untuk berdoa, aku masih menrima apa yang aku hajatkan...namun jgnlah kerana hajat kita tidak ditunaikan sekali kita sudah berputus asa...besar sungguh kasih sayang ALLAH...namun kita masih tetap melakukan kesalahan...hina sungguh rasanya diri kita ini...walau apa pun yang melanda kembalilah kepada islam...Islam akan menyinari jiwa kita...

Friday, November 27, 2009

Dah Lagu Tu

Istana mu telah lama di dakap debu
serinya pula telah hilang
aku datang tepat waktu
di kala engkau masih terasa kesan luka lama
raja-raja dulu telah lama di makan zaman
kini tinggal kau tanpa pilihan
kecuali mahu membiarkan
hidup di awang-awangan
mengharapkan yang tak mungkin menjelma
dah runtuh, nak lagu mana lagi
walaupun kau cuba mengingkari
aku berikan padamu kiambang penawar duka
tiada lagi, hari sedihmu
tiada hari, seindah ini

Akhirnya


Aku balik ke kg...raye haji bersama kuarge...aku terkejut ble dgr kuarge aku sume layan cte Nur Kasih...akhirnya cte tu abes gak...dianggarkan dkt 4 juta tgk cte tu...ape yang aku nak cakap ialah pasal watak Nur amina tu...walau diduga dgn mcm2 dugaan, tapi die tabah...die sanggup tunggu si adam ni walaupun bertahun dan walaupun tanpa sebarang khabar berita...adakah pempuan yang serupa itu dalam dunia ni...aku taknak jawab...biar korang yang menjawab...kalau aku jadi adam, aku lah lelaki yang paling bertuah didalam dunia ni...aku harap kita tak tonton sahaje cte tu...ambil lah pengajaran yang dipaparkan dalam cte tu...ambil lah yang jernih dan buangkanlah yang keruh.

Sunday, November 22, 2009

Penat

Kadang-kadang aku rasa penat sangt...tubuh aku lemah...dalam hidup ni kadang-kadang aku rasa aku hanya seorang...berjalan didalam satu perjalanan yang panjang...tapi kadang-kadang aku rasa ramai sehinggakan sesak, keliru, berjalan didalam ramai dan terlalu banyak simpang...kadang aku rasa malas dan kadang aku terasa bersemangat...bila malam menjemput, rindu datang menggigit...rindu pada siapa? pada apa? mungkin pada zaman kecil bkn pada zaman dewasa...mungkin pada seseorang bukan pada sesiapa...

Wednesday, November 18, 2009

Rindu Seorang Isteri

Cerita ni aku ingin kongsikan kepada korang semua. cerita ni aku dapat waktu aku kursus induksi. seorang peguam hebat di kuala lumpur. bagi dia, duit bkn satu masalh. Gajinya mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. tapi dengan semua kesenangan yang dia ada. dengan kemewahan yang dia ada. Beliau belum lagi berkahwin. apabila di tanya beliau akan menjawab beliau tidak perlukan isteri.. Baginya kerja terlampau penting. perempuan boleh dibeli dengan wang. apabila dia perlukan teman, dia akan membayar teman sosial. Perkhimatan teman sosial bertaraf vip ini akan melakukan apa sahaja termasuklah tugas 'melayani suami'. baginya itu sudah cukup. Harta dan kemewahan adalah segalanya. boleh membeli segalanya termasuk kebahagiaan berumah tangga. Tetapi walaupun dia boleh membayar sejumlah wang untuk teman sosial, adakah dia boleh membayar hati seorang isteri. Sudah tentu dia tidak pernah merasai rindu seorang isteri. ataupun merindui seseorang isteri. Dia boleh membayar keseronokan tetapi tidak kepada kebahagiaan. Aku akui, kadang2 aku juga merasai bahawa perkahwinan akan menyukarkan aku untuk berjaya. Aku suka meletakkan diri aku di dalam kesibukan kerja. Mengapa? Ingin menutup kesunyian? Atau ingin berjaya?Sampai mana? Apa makna kejayaan jika kita hidup berseorangan. Rakan akan mendengar luahan hati kita tetapi sampai mana? sehingga ke tempat tidur? Rindu itu indah tetapi menyakitkan. aku berharap suatu hari aku dapat merasai rindu seorang isteri yang tak boleh dibayar dengan wang.

Saturday, November 14, 2009

Sibuk

Minguu ni aku sibuk dengan Kursus Induksi sampai 26hb...
Jadual aku bermula dari 5.30 pagi hinggalah 11.00 pagi...
Ditambah lagi, aku telah dilantik menjadi timbalan ketua induksi...

Wednesday, November 11, 2009

Di Sebalik Cermin

  1. Hari Sabtu lepas, aku balik kampung. Aku sampai dalam 4.45pm. Lebih kurang 5.30pm, mak aku ajak ziarah kawan dia sakit, kawan dia kena cancer paru-paru. Aku pun pergi la sekali. Lagipun aku memang nak cuci gambar pun. Rumah kawan mak aku tu kat bukit candan. Memang aku kenal pun orangnya.
  2. Sampai je rumah kawan mak aku tu, kami pun bersembang la. Tentang penyakit die, kos rawatan dan macam-macam lagi. Sampai la satu topik ni yang menarik perhatian aku. Mesin oksigen yang digunakan oleh kawan mak aku ni dipinjamkan oleh persatuan cancer yang dibiyai oleh gereja kristian di Ipoh. Kawan mak aku ni hanya perlu mebayar RM100. Mesin itu boleh digunakan sampai bila2. Kira dia bagi sewa je. Aku tak persoalkan sewa tu, itu tidak ada masalah bagi aku. Yang menjadi msalah bg aku ialah, kenapa aku asyik dengar gereja kristian je yang bagi bantuan. Mane perginya masjid-masjid yang sepatutnya membantu orang Islam yang dalam kesusahan. Orang kristian membantu orang Islam yang dalam kesusahan?
  3. Malah di kawasan-kawasan orang asli pun mubaligh2 kristian ni telah sampai lebih dahulu daripada Islam. Tak perlu cerita di Sabah, Kristian sudah mempunyai tapak yang kukuh disana. Mengikut cerita abang aku yang pernah belajar di UMS, mubaligh kristian ni terlalu berani. Mengedar risalah2 sehingga ke stesen bus. Malah di hospital2 mereka memberi bunga dan buah-buahan. Mereka begitu mengambil berat kepada pesakit. Bagaimana pula jika pelajar islam yang tidak mempunyai kekuatan iman, sakit dan berjauhan dari keluarga. Mempunyai masalah. Aku berani jamin, mereka akan tertarik dengan pendekatan mubaligh ini seterusnya menukar agama.
  4. Berbalik kepada cerita kawan mak aku tadi. ‘sukarelawan’ kristian ni, datang hari2 ke hospital. Begitu mengambil berat. Pelbagai pertolongan diberikan pada kawan mak aku ni. Begitu juga dengan pesakit lain. Kita tak boleh marah dengan mereka kerana memberikan pertolongan, disebalik daripada itu hanya ALLAH sahaja yang tahu. Tapi jika benda ini berterusan aku yakin ramai lagi orang melayu akan meninggalkan agama Islam. Orang Kristian menggunakan pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah. Orang Islam?
  5. Adakah kita ingin menyekat mereka dari memberi bantuan. Apa hak kita untuk menyekat orang memberi bantuan. Itu aku tidak persoalkan. Yang aku persoalkan, di mana ustaz2 kita yang terlalu ramai kat Malaysia ni? Kita terlalu tumpukan isu-isu remeh, sehinggakan kita lupa. Kita terlalu berebut jawatan sehingga kita lupa orang islam di malaysia banyak yang telah meninggalkan agama. Ustaz-ustaz kita asyik memberi ceramah di masjid2, semuanya tak kena, semuanya salah, apa kah menjadi kesalahan jika kita mewujudkan persatuan yang memberi bantuan kepada orang ramai. Tidak kiralah bantuan itu pada yang bukan islam atau orang islam sendiri.
  6. Kita terlalu menggunakan kekerasan sehinggakan orang melihat Islam ini agama yang keras. Kita tidak menggunakan pendekatan psikologi. Rasulullah juga menggunakan pendekatan psikologi. Masih ingat lagi cerita Rasulullah dengan yahudi buta?kita perlu berubah. Permulaannya dari alim ulamak kita. Kita terlalu asyik berpolitik sehinggakan perkara yang ringan sudah menjadi berat. Sudah terlalu lama isu ini dibiarkan.

Allah lebih mengetahui...

Mohd Hafiz, A.M.O.

Tuesday, November 10, 2009

Kuala Sanglang

Gambar ni waktu aku kat Kuala Sanglang. Tempat ni tak jauh dari pekan Alor Setar. Lebih kurang 40km. Praktikal kat ctu mmg best. satf kat ctu pun baik2 belake. Penduduk kampung pun best.Mula2 aku smpai tempat ni aku mmg tak suka. tpt ni sebuah perkampungan nelayan. pekan die lagi kecik dari pekan karai. ade jeti tok nelayan. tapi bile dah lame2 aku duduk ctu, aku mule rase yang tempat tu cantik. Penuh dengan pemandangan. ade satu jalan kampung untuk ke Kuale Perlis. kalo kita ikut jalan tu, pemandangan die mmg cantik. sebelah kanan laut, sebelah kiri plak pemandangan swah yang menghijau. memang cantik. indah btol


ciptaan ALLAH. Mula2 tu aku tak suke tempat tu. Tapi bila dah dapat sesuaikan diri, aku jadi suke tpt tu. ye la tak kenal maka tak cinta. Tapi walaupun aku rase senang dekat Kuala Sanglang, aku tak rase tempat tu tak sesuai degan aku. Penduduk kat ctu kebanyakan nya nelayan ngan petani. Kemiskinan mmg ketara kat ctu. rumah2 dorang pun tak secantik rumah2 kita. malah taraf sosial pun agak tinggi kat ctu. Kat ctu tempat berlabuh nya penyeludup senjata, dadah dan manusia. Aku tak kata aku ni budak bandar. Tapi aku dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan senang. aku amat bersyukur. Untuk tinggal kat tempat mcm tu, aku rase aku tak sesuai. Tapi aku senang ngan tempat tu tapi untuk tinggal dalam jangka masa yang lama. Mungkin aku kena fikir dahulu. Kita harus bersyukur dengan ape yang kita ada. Kita dilahirkan

dalam keadaan yang serba sempurna. Tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah mudahnya untuk mendapatkan laut. Maklumlah terlalu hampir dengan pelabuhan. malah keramahan penduduk di sana juga menarik perhatian aku. Kadang-kadang aku rasa bagai artis. Setiap pergerakan aku mesti menjadi perhatian kat sana (beli air pun 'usha pelik'). Mungkin kerana aku orang luar. tetapi ada sesuatu yang merisaukan aku, taraf kesihatan penduduk kat sana masih rendah. Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit dek kerana pengetahuan tentang kesihatan yang rendah dan tahap kebersihan yang menyedihkan. Namun itu adalah pengalaman paling

berguna buat aku. Aku gembira di Kuala Sanglang. Aku harap satu hari nanti aku akan ke Kuala Sanglang lagi. Menyaksikan pemandangan mathari terbenam dan burung layang-layang pulang ke sarang, pengalaman yang tidak dapat aku lupakan selama sebulan di KUALA SANGLANG.


Saturday, November 7, 2009

Cinta Aku

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padamu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya terpaut padamu,
agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu.

Cinta mmg indah..Dijadikan manusia mempunyai hati. Jika tersentuh, hati boleh jatuh cinta, hati juga boleh menangis dan ketawa. Indahnya ciptaan tuhan. Tetapi di sebalik hati terdapat juga nafsu. Didalam percintaan, jika berlebih2 sehinggakan tiada yg lain untuk dicintai, pasti nafsu akan menguasai. Letakkan cinta kita yang utama pada ALLAH, kedua pada Rasul, next for our mum and father. InsyaALLAH cinta kita akn menuju bahagia. ALLAH tidak mengharamkan sesuatu kecuali menggantikannya dgn sesuatu. ALLAH mengharamkan zina tetapi mewujudkan perkahwinan. Tidak perlu kita melakukan sex sebelum bernikah atas alasan cinta. Itu bkn lah cinta tetapi tetapi nafsu yang dikawal syaitan. Jgn terkeliru antara nafsu syaitan dan mata hati. Lelaki yang baik akn berusaha mengawal pasangan dan dirinya untuk tidak terjerumus dalam cinta nafsu. Sentiasa mengawal dirinya. tidak perlu mtk bnde yang bkn hak kta. yang hak akan tetap hak. Jika ianya hak kita, satu hari ia akan datang kepada kita. Sedih melihat perkembangan dunia skang. Anak luar nikah sudah menjadi perkara biasa. Harap-harap kita dilindungi daripada semua itu.

ALLAH yang lebih mengetahui,
Mohd Hafiz, A.M.O.

Monday, November 2, 2009

Renung-Renungkan dan Selamat Beramal

Setiap insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadang-kala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi.

Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w:

“Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.

Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita.

Thursday, October 29, 2009

Secangkir Kopi Madu

Kali ni aku nak bwk satu cerita sedih..kisah ini terjadi melalui pngalaman aku sndiri..
tiada niat lain..cume untuk kita kngsi bersama sbagai renungan..

Kisah bermula sewaktu aku menjalani latihan prktikal kat sebuah hospital krajaan..tpt dia aku tak blh bgtau..mcm bese, setiap ptg aku akn buat observation untuk semua pesakit..dalam wad itu ade seorang pesakit, name die Jamal (bkn name sebenar)..pkcik ni ditempatkan dalam wad pengasingan sbb penyakit yg di alami..die menghidap penyakit steven jonhson's syndrome. penyakit ni membuatkan kulit pakcik tu jd rapuh dan berair. bygkan la , kalo pegang kasar2, kulit tu boleh tercabut. Malah keadaan pkcik tu mkn teruk..jd ptg tu aku pun buat la observation kat pkcik tu..pakcik tu tanye kat aku..skang jam pukul brape?aku cakap skang jam pukul 6.30.aku heran.slalu ade anak die yng akn baring ats tikar kat lantai.ni ank die takde,isteri die takde.aku tak tanye.mngkin dorang p cafe..lepas je aku buat observation kat pkcik tu..aku nak pg semayang ngan minum ptg ngna kwn aku..aku pun ajak r die.."jom p smyng.pastu blh minum2 skali"..pastu kwn aku cakap kat aku.."awal lagi ni.baru kol 5.45"..aku terkejut.td aku tgk jam kol 5.30.."aku pun ckp "tak pe r kalo camtu"..pastu ktaorang pun lepak kat kaunter.sembang ngan doktor. kbetulan waktu tu pskt tak ramai. dalam tak sedar jam dah pukul 6.40. aku pun ajak kwn aku p smayang..tibe2 ada sorang laki ngan muke cemas dtg kat ktaorg..''cek tlh cek, tlg angkt kwn saye ni'', aku pun pg r tlg. rupenye pkck td dah terbaring kat ats lantai bilik die. aku tgk kat lantai ade taik berterabur.warne itam..ktarog pkai glove pastu trs angkat die nek ats katil. nafas die takde,nadi pun takde..ktaorang pun buat la bantuan kecemasan..buat CPR..bygkan la..dgn kulit pakcik tu yg berpenyakit..bila kami cpr,tekan dada die..bekas tgn boleh npk kat dada pkck tu..pastu ble nak mskkan tiub pernfsan kat mlt die.dah tak blh..ble bukak mulut die.bibir die dah melekat ats ngan bwh.ble bukak mlt,kulit bibir die tanggak mcm keju piza tu..nak msk tiub prnfsan (dlm medikal kite panggl ETT) pun dah tak blh..pkcik tu tak dpy nk dslmtkan..pkck tu meninggal..pastu kitaorg keluar dari bilik tu. ktaorg dgr bunyi tangisan seorang bdk pmpuan..pastu lelaki td tgur ktaorg.."mcm mane encik?"..kwn aku pun ckp,"kami dah cube sedaya upaya pkcik.tapi ni dah ketentuan"..rupa2nya laki tu ustaz pd anak die..yang menangis td anak pempuan die..bdk tu blaja kat skolah agama di pendang. kre ptg tu baru berkesempatan nak melawat ayah die..jd ustaz tu tlg bawakkan die..mak die ngan adk die balik ke rumah hari tu.ade urusan.mngkin sbb dah sminggu tinggalkan umah. Rumah die jauh gak r dari hospital tu..bygkan la..hajat anak nak tgk bapa die yg sdg sakit. nak tgk senyuman ayah die atau mngkin nak dgr suara ayah die. ble smpai je, ape yang die dapat tgk adalah ayah die yg dah terbaring. dan lebih sedih lagi adalah hanya dapat tgk tubuh kaku ayah die..mngkin pkcik tu jatuh pd pukul 6.30.wktu aku tersalah sebut pasal jam td..aku bwk kan cte ni, adalah untuk pengajaran kite bersama..sayangilah kuarge kite sementara kita masih ade peluang untuk menyayangi mereka..mmg kdg2 sukar untuk kita menurut sume arahan mereka..tapi kita perlu ingat..sape yang patut kita sayang selepas ALLAH dan Rasul?sudah tentu ibu dan kemudiannya ayah..aku dlu pun degil jugak,olh sbb itu aku taknak kerugian lagi..aku penah dgr ada seorang bapak yg terlalu kecewa dgn anak nye kerana anak die terlebih guna dadah..sehinggakan si ayah bercakap ''kalau blh buang dalam sungai, buang je'' aku tak slahkan ayah die..ayah mane yg tak kecewa..malah aku pun penah dgr ade seorang ibu ckp ''hati mak remuk kau tak tau''..jagalah hati keluarga kalian..

ALLAH yg lebih mengetahui..
Mohd Hafiz,A.M.O.

Wednesday, October 28, 2009

Nur Amina dan Secawan Teh Panas

1. Setiap jumaat aku akan duduk terlekat di depan tb pada pukul 9 mlm. Bukak tv3 pastu tonton cte Nur Kasih. Kita lupakan seketika apa pembawaan pelakon ketika di luar drama ataupun drama itu menayangkan adegan peluk memeluk bukan muhrim. Lontarkan persoalan itu di sudut lain.

2. Apa yang penting adalah persoalan tentang islam yang dipaparkan dalam drama tersebut menarik minat aku untuk menonton drama tersebut. Mesejnya cukup jelas, ianya memaparkan kehidupan orang islam di celah2 budaya orang melayu.

3. Nur Amina yang juga membawa watak wanita islam cukup menarik perhatian aku. Ketabahan seorang wanita yang bernama Nur Amina ini sebenarnya boleh menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana. Sopan santun dan pandai menambat hati sesiapa sahaja, contohya: ibu mertuanya, mmg membuatkan hati setiap lelaki berangan2 untuk memiliki wanita sepertinya.

4. Kerana itu dijadikan perempuan dan lelaki sebagai pelengkap antara satu sama lain. Hanya air yang boleh memadamkn api.

5. Hari jumaat ini aku akan duduk depan tb sambil menikmati secawan teh panas ketika sedang menonton Nur Kasih.

Monday, October 26, 2009

kenapa?

1. ada yang bertanya bagaimana aku boleh berminat untuk mengadakan blog yg seperti ini. blog yang membncangkan ttg islam sdgkan aku bkn lah ustaz ataupun berperwatakan ustaz..

2. sudah lama aku berminat utk mengadakan blog yg sperti ini, tapi mngkin pd waktu tu, kesibukan dan urusan yg bertimbun membuatkan aku kurang sng untuk menulis blog.

3. sudah lama aku ingin mengulas islam dgn cara yang lebih mudah. bkn brmaksud ingin menjadikan islam itu sekular atau memodenkan islam. hukum adalah tetap hukum. wanita wajib memakai tudung, tidak boleh di ubah sunat memakai tudung kerana alasan kita maju ataupun moden. wajib adalah wajib.

4. namun dalam beberapa perkara, kita seharusnya tidak menjdikan islam itu terlalu susah (sbnrnya islam itu mudah) sehingga membuatkan islam terlalu sukar difahami dan tidak mudah didekati. malah bkn sahaja org bkn islam, org islam sendiri meninggalkan islam. islam yg tersedia ctk ini tidak perlu ditokok tambah sehingga ianya menjadi sukar untuk d ikuti.

5. contohnya masjid, kebanyakan daripada kita, sebenarnya secara tidak langsung memisahkan masjid itu dari kanak2. kanak-kanak dipisahkan dgn beberapa saf kebelakang. malah apabila kanak2 membuat bising kita marah ataupun menghalau kanak2 pulang. apakah tanggapan kanak2 ini yang fikiran mereka msh belum matang. mereka pastinya merasakan masjid hanya tpt untuk gol tua. gol muda seperti mereka tdk sesuai.

6. di zaman nabi, nabi mempercepatkan solatnya apabila mendengar tangisan seorang budak dibelakang. kerana takut ibu budak itu terbeban, nabi mempercepatkan solatnya. lihat begitu pintar nya rasul ALLAH ini. namun adakah kita akan melakukan perkara yang sama jika ini berlaku?pastinya kita akn memarahi ibu budak itu semula.

7. satu lagi cntoh yang ketara. Kita membawa anak2 ke majid. anak itu di suruh sembahyang berjauhan dgn ibubapa. dgn byk kes penculikan yg berlaku dewasa ini, sudah tentu kita risau tntang keselamatan anak2 di belakang. adakah khusuk semayang kita?apkah slah ibubapa meletakkan anak2 disebelahnya?

8. benda yang wajib adalah tetap menjadi wajib. namun dalam beberapa perkara, islam memberi beberapa kelonggaran. tidak perlu kita menyusahkan islam sehingga islam susah untuk didekati.

ALLAH lebih mengetahui..
Mohd Hafiz,AMO..

Friday, October 23, 2009

Islam: antara nas dan pendapat tokoh

Tulisan ini diambil dari artikel dr. asri.
untuk renungan bersama.

Memberi pendapat yang berbeza dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah satu kesalahan bagi seorang muslim. Namun memberikan pendapat yang berbeza dengan tokoh agama atau ulama tertentu, bukan semestinya satu kesalahan. Selagi mana pendapat atau pandangan seseorang tokoh agama itu sekadar pandangannya, maka orang lain boleh berbeza dengannya.

Jika pun dia mengemukakan nas atau dalil tertentu, tapi dalil atau nas tersebut masih boleh diberikan berbagai tafsiran yang lain, apatah lagi jika di sana ada pandangan ilmuwan lain yang berpaksikan penghujahan yang kuat, maka pandangan seorang tokoh agama bukan semestinya diterima sebagai ‘itulah kehendak Islam’.

Hal ini penting untuk difahami oleh orang awam, agar mereka dapat membezakan antara pandangan tokoh agama dan agama itu sendiri. Agama berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Mana-mana pihak yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah maka itulah Islam. Namun di sana bukan sedikit juga nas-nas agama samada al-Quran atau al-Sunnah yang boleh diberikan atau terdedah kepada lebih daripada satu tafsiran atau andaian.

Mungkin juga apa yang dikatakan oleh tokoh agama sebagai pandangan agama itu, hanya satu tafsirannya sahaja, bukan nas yang jelas. Dalam perkara hukum atau selainnya yang tiada nas yang jelas, pastinya di sana akan ada lebih daripada satu pendapat, bahkan mungkin puluhan pendapat yang berbeza di kalangan sarjana. Maka, orang awam boleh memilih pendapat yang diyakininya lebih mendekati maksud nas dengan kadar yang difahaminya.

Maka sebab itu, setiap individu muslim yang mampu berfikir membaca dan meneliti, apatah lagi pada zaman teknologi ini hendaklah ketika bertanya pendapat tokoh ilmu agar meminta alasan bagi pendapat mereka. Campakkan ke dinding sikap sesetengah pihak yang cuba menjadikan agama ini eksklusif untuk diri mereka sahaja dengan membuat arahan yang ‘memandir’ otak umat Islam dengan menyatakan ‘dengar dan taat sahaja apa yang saya beritahu, sebab saya tokoh agama, awak orang biasa’. Rangkapan jahiliah yang seperti ini bukan budaya ilmu dalam Islam.

Makruh Gosok Gigi

Di bulan Ramadan ini mungkin kita terdengar pandangan ustaz yang menyatakan makruh menggosok gigi atau berkumur semasa atau selepas tergelincir matahari ketika berpuasa. Jika kita tanya mereka: ‘apakah nas dalam masalah ini?’. Sebahagian mereka mungkin menjawab: ‘dah ulama cakap macam tu, atau kitab cakap macam itu, terima sahajalah’. Ini tentulah satu jawapan yang boleh dianggap ‘pandir’ dan dangkal sekali.


- Gambar Hiasan

Islam bukan agama taklid buta, menelan apa yang orang cakap tanpa perlu tahu dalilnya. Mungkin yang lebih berpengetahuan akan menjawab: “ada hadis Nabi s.a.w menyebut:

“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, memang ada tokoh-tokoh ilmuwan silam pun yang memberikan pendapat sebegini. Tetapi hadis ini jika kita lihat tidak pula menyatakan seseorang yang berpuasa tidak dibenarkan atau digalakkan menggosok gigi. Pendapat yang memakruhkan menggosok gigi –samada menggunakan ubat gigi atau tidak- hanyalah andaian atau kesimpulan yang dibuat daripada hadis ini, bukan ada nas sahih yang jelas melarang hal ini.

Hadis ini tidak pula menyatakan bahawa Allah suka supaya bau busuk itu dikekal sepanjang hari. Ada pun hadis-hadis lain yang seakan menggalakkan orang yang berpuasa mengekalkan bau kerana kering mulut orang berpuasa itu cahaya pada Hari Kiamat adalah daif atau lemah sanadnya. Ini boleh dilihat dalam ulasan al-Imam al-Mubarakfuri (meninggal 1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi mengenai bersugi bagi orang berpuasa.

Dalam konteks kehidupan harian, apakah patut kita membiarkan mulut kita sentiasa busuk sepanjang Bulan Ramadan sehingga mengganggu rakan sepejabat atau sekerja yang mungkin di kalangan mereka ada yang tidak faham Islam dan akan mentohmah agama ini?! Pada saya, andaian yang memakruh bersugi atau membersihkan mulut ketika berpuasa tidak boleh mengatasi galakan bersugi yang Nabi s.a.w sabda:

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini tidak mengecualikan Bulan Ramadan, dan tentu sekali antara waktu solat itu adalah solat Zohor dan Asar ketika berpuasa.

Tidak Lojik

Nabi s.a.w dalam hadis menyebut ciri-ciri imam solat:

“Hendaklah yang menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (bacaan al-Qurannya). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya” (Riwayat Muslim).


- Gambar Hiasan

Inilah ciri-ciri imam. Jika semua mereka masih sama, maka bererti kesemuanya yang sama itu layak. Namun sesetengah ulama seperti al-Imam Hasan bin ‘Ammar al-Syurunbulali (meninggal 1069H) menyebut dalam kitabnya Maraqiy al-Falah menambah ciri-ciri lain yang tidak disebut oleh hadis, antaranya; “yang paling cantik isterinya, yang paling banyak hartanya, yang paling besar kepalanya, juga yang paling kecil kemaluannya.” (lihat: ms 143).

Pada andaian mereka, ini membantu kusyuk. Orang yang isterinya cantik kurang ingat wanita lain, maka lebih khusyuk. Demikian yang kemaluannya kecil kurang syahwat maka lebih khusyuk. Persoalannya, adakah andaian ini benar?! Atau mungkin sebaliknya berlaku. Kemudian, siapa pula yang hendak menjadi hakim kecantikan isteri para imam ini?! Lebih daripada itu, bagaimana pula hendak mengukur kemaluan mereka?!. Andaian atau tambahan yang dibuat ini, walaupun oleh seorang ulama yang terkenal tidak dapat kita terima. Ia bukan nas al-Quran atau hadis yang terpaksa kita telan bulat-bulat.

Demikian dalam sesetengah kitab fekah Mazhab al-Syafi’i menyebut tentang bab mandi wajib dengan membuat berbagai-bagai andaian yang pelik seperti

“jika zakar terbelah dua, dimasukkan satunya ke dalam kemaluan isteri pertama, dan yang satu lagi ke dalam isteri kedua, maka wajib mandi ke atas suami, tidak wajib ke atas kedua isterinya. Jika dimasukkan satunya ke dalam kemaluan seorang isteri, sementara satu lagi ke dalam dubur isteri berkenaan, maka wajib mandi keduanya (lihat: Hawasyi al-Syarwani, 1/260).

Dalam Hasyiah al-Bajuri ditambah jika seseorang masuk (keseluruhan tubuh) ke dalam faraj perempuan, maka keduanya wajib mandi..”. Cuba bayangkan, andaian dan huraian yang sebegini agak ganjil. Mungkinkah hal-hal seperti ini berlaku? Atau, kita katakan, di samping kita menghormati sumbangan dan ketokohan ulama-ulama ini, namun perbahasan atau andaian sebegini melebihi batasan keperluan. Saya sebut hal ini kerana saya terdengar ada tokoh agama keluar dalam media menyatakan apa sahaja yang telah ulama dahulu tulis kita terima sahaja. Katanya, ‘tidak perlulah kita ‘memandai-mandai’ untuk memberikan pendapat yang berbeza dengan orang yang lebih alim daripada kita’.

Taklid yang seperti inilah yang menyebabkan ilmu umat Islam tidak berkembang. Pandangan tokoh akhirnya dianggap setaraf dengan nas al-Quran dan Sunnah. Bahkan lebih daripada itu, apabila mereka memberi pandangan yang agak ‘berlebihan’ tetap dipaksa umat menelannya. Kita menghormati tokoh, namun pendapat mereka bukan wahyu yang tidak boleh dikritik atau dibincangkan.

Biasanya, golongan agama yang cuba mengujudkan mentaliti ‘ustaz atau tok guru tak boleh dipersoalkan’ hanyalah untuk menjaga status keselesaan mereka. Kita memberikan pandangan yang berbeza dengan tokoh-tokoh agama tertentu, bukan bererti kita disuruh biadap atau tidak menghormati mereka.

Memberikan pandangan dan mempersoalkan sesuatu kenyataan dengan sopan dan bertujuan mencari kebenaran adalah keperluan dunia ilmu dan sesuatu yang dituntut dalam agama. Hal ini penting untuk difahami. Bukan semua pendapat tokoh agama itu mewakili kehendak Allah dan rasulNya.

Sebagai muslim, kita berhak bertanya dan mencari yang lebih tepat sesuai dengan akal yang Allah kurniakan kepada kita. Kita hormati tokoh, tapi dalam masa yang sama kita tidak akan menggadaikan kebenaran. Kita patut bezakan antara nas Allah dan rasulNya, dengan pandangan tokoh yang mungkin betul, mungkin salah, mungkin patut disemak semula, mungkin juga melepasi batasan keperluan dan kemunasabah untuk umat.

Disebabkan tidak memahami hal inilah, umat Islam pening kepala dengan pandangan tokoh-tokoh agama hari ini yang bermacam-macam. Jika ulama itu berniaga, mungkin dipengaruhi urusan bisnes, yang politik mungkin dipengaruhi urusan politiknya. Begitulah seterusnya. Jalan keluar, kita menyemak alasan dan hujah setiap mereka dan bertanya: adakah ini daripada Allah dan rasulNya, atau tuan ‘rasa-rasa’ sahaja?!.

Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab

ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.

Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang hakiki. Islam menganggap perbuatan memohon kemakbulan doa dari makhluk adalah syirik. Tidak kira siapa pun makhluk itu. Sama ada dia nabi ataupun wali.


Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya!

Perbuatan itu adalah syirik. Mukmin hanya meminta doa daripada Allah. Firman Allah: (maksudnya)

Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka (surah al- Ahqaf: 5-6).

Firman Allah: (maksudnya)

Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya (surah Fatir: 13-14).

Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti Abdul Qadir al-Jailani atau wali ‘songo’ atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan al-sunah.

Nabi s.a.w. begitu menjaga persoalan akidah ini. Daripada Ibn ‘Abbas:

“Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki.” Maka baginda bersabda kepadanya: Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki. (Riwayat al-Imam Ahmad dinilai sahih oleh Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 1/266).

Bandingkanlah ketegasan Nabi ini dengan ajaran sesetengah guru tarekat atau sufi yang mencetuskan segala unsur keajaiban pada diri mereka agar dikagumi oleh pengikutnya. Akhirnya, mereka seakan Tuhan yang disembah, atau wakil Tuhan yang menentukan penerimaan atau penolakan amalan pengikutnya. Bahkan untung rugi nasib masa depan pengikut pun seakan berada di tangan mereka.

Demikian juga, pengikut yang melampau, berlebih-lebihan memuja tokoh agama, akhirnya boleh terjerumus kepada kesyirikan. Terlampau memuja tokoh seperti itulah yang menyebabkan banyak individu dianggap keramat dan suci sehingga dipanggil ‘tok keramat’ lalu mereka seakan dimaksumkan. Kemudian, datang pula orang-orang jahil ke kubur mereka membayar nazar atau meminta hajat mereka ditunaikan. Sehingga apabila saya ke Urumuqi di China, ada satu gua yang kononnya dianggap tempat Ashabul Kahfi yang disebut dalam al-Quran itu.

Ramai yang pergi melakukan kesyirikan dengan meminta hajat di situ. Saya beritahu bahawa dalam dunia ini entah berapa banyak gua yang didakwa kononnya tempat Ashabul Kahfi. Ada di Turki, Jordan dan lain-lain. Semuanya dakwaan tanpa bukti. Sama juga kononnya tempat-tempat sejarah nabi yang didakwa oleh sesetengah pihak. Tiada petunjuk yang dapat memastikan ketulenannya.

Jika pun benar, mereka bukan tuhan untuk seseorang meminta hajat. Inilah yang terjadi kepada Nabi Isa. Dari seorang nabi yang diutuskan, akhirnya manusia menabalkannya menjadi anak Tuhan. Meminta hajat daripada orang-orang agama atau soleh setelah mereka mati adalah syirik. Islam tidak kenal perkara seperti itu. Islam tulen bebas dari segala unsur kebodohan tidak bertebing itu.

Ada yang cuba membela dengan menyatakan: bukan apa, mereka ini ialah orang yang dekat dengan Allah, kita ini jauh. Maka kita gunakan perantaraan mereka. Macam kita hendak dekat dengan menteri atau raja. Saya kata kepada mereka: Adakah awak menganggap Allah itu sama dengan tabiat raja atau menteri awak? Dakwaan inilah yang disanggah oleh al-Quran sekeras-kerasnya.

Firman Allah: (maksudnya)

Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) (al-Zumar:3).

Setelah Allah menceritakan tentang bulan Ramadan dan kewajiban puasa, Allah terus menyebut kemustajaban doa. Ia menunjukkan adanya kaitan yang kuat antara puasa Ramadan dan janji Allah untuk memustajabkan doa hamba-hamba-Nya. Allah berfirman (maksudnya):

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).

Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya.

Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya. Allah Maha Suci dari demikian. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung. Firman Allah (maksudnya):

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Seseorang kadangkala tidak perasan bahawa apabila dia berdoa kepada Allah sebenarnya dia sedang melakukan ibadah yang besar. Walaupun pada zahirnya kelihatan dia sedang memohon untuk kepentingan diri sendiri, namun hakikatnya dia sedang membuktikan keikhlasan tauhidnya kepada Allah dan ketundukan kepada Tuhan Yang Sebenar. Maka dengan itu Nabi menyatakan: Doa itu adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih). Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah yang besar.

Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin.

Namun doa tidak sia-sia. Pahala tetap diberikan, kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat. Sabda Nabi:

Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).

Maka, ada doa kita kepada Allah diterima olehnya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmat yang Allah lebih mengetahuinya, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga.

Betapa banyak keberbahayaan yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh Allah. Tidak juga kerana permohonan kita dalam perkara tersebut atau kebijaksanaan kita, namun barangkali doa kita dalam perkara yang lain, lalu diberikan gantian keselamatan untuk kita dalam perkara yang tidak diduga.

Kadangkala Dia tidak memberikan kepada kita sesuatu permohonan disebabkan rahmat-Nya kepada kita. Barangkali ingin menyelamatkan kita. Dia Maha Mengetahui, jika diberikan, mungkin kita hanyut atau menempuh sesuatu yang merugikan kehidupan di dunia atau akhirat. Kita pun demikian.

Bukan bererti apabila seorang bapa tidak tunaikan kehendak anaknya tanda kebencian terhadapnya. Bahkan sebahagian besarnya kerana kasih sayang dek bimbang jika diberikan akan mendatangkan kemudaratan. Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan kita semua, namun yang pasti rahmat-Nya sentiasa melimpah. Jika Dia menangguhkan doa kita, tentu ada hikmah-Nya.

Di samping itu hendaklah kita faham, doa itu bermaksud permohonan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa. Sebab itu saya amat hairan dengan sesetengah orang yang berdoa tanpa memahami maksud. Sesetengah mereka menghafal teks Arab kerana hendak menjadi ‘tekong’ doa dalam pelbagai majlis.

Malangnya, ada yang tidak faham apa yang dibaca dan yang mengaminkan pun sama. Ada orang merungut, kata mereka, umat Arab di Masjidilharam dan Masjid Nabawi tidak baca doa selepas solat beramai-ramai. Itu menunjukkan mereka tidak kuat pegangan Islam mereka. Saya katakan: Islam tidak diturun di kampung halaman kita, ia diturunkan di Mekah dan Madinah. Mereka melakukan apa yang menjadi amalan Rasulullah. Lagipun seseorang yang bersolat disuruh berdoa ketika dalam solat dan berwirid selepasnya.

Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa. Sabda Nabi:

Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:

Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.

Nasihatilah mereka yang membaca doa tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?

Benarlah sabda Rasulullah:

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Pelajari kita nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.

Thursday, October 22, 2009

Falsafah Islam Dalam Menghadapi Penyakit

Tulisan ini oleh : Dr. Mohd Asri

Islam adalah agama yang diutuskan oleh Allah untuk kemaslahatan manusia. Ia adalah panduan dan ketetapan demi kebaikan manusia semata. Ia adalah ajaran Allah bagi menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh manusia dalam berbagai sudut.

Ajarannya mengandungi kepercayaan lurus yang wajib dipasakkan dalam jiwa insan, juga mengandungi tindakan tepat dalam kehidupan. Dalam ertikata lain, Islam memandu jiwa insan, demikian ia juga memandu amalan dan tindakannya.

FAHAMI KONSEP

Kebahagiaan hidup insan itu bergantung kepada jiwa yang baik, juga kebendaan yang mencukupi. Maka Islam memerintah insan beriman bahawa rezeki adalah kurniaan Allah, di samping dia mesti berusaha mencapai kurniaan itu melalui peraturan yang Allah tetapkan untuk alam ini.

Berkerja, berusaha dan berpenat lelah untuk mendapatkan rezeki diperintah oleh Allah. Insan tidak dibenarkan duduk berdoa menunggu rezeki datang tanpa berusaha. Namun, jika dia sudah berusaha tetapi tidak berjaya disebabkan faktor-faktor yang berlaku di alam ini, maka kegagalan itu bukan lagi kesalahannya.

Dia diberikan pahala atas segala usaha dan kesungguhannya, sekalipun tidak berjaya. Bahkan dia diberikan ganjaran pahala yang lebih atas redha dan kesabarannya. Hendaklah dia beriman bahawa Allah boleh mendatangkan rezeki kepadanya dengan berbagai cara, sekalipun tanpa usaha daripadanya. Namun usaha adalah perintah Allah.

Walaupun usaha bukan faktor segalanya, namun ia adalah salah satu sebab yang Allah letakkan di alam ini untuk rezeki diberikan kepada seseorang hamba. Kegagalan usaha adalah ujian Allah yang biasanya berlaku disebabkan sistem atau perjalanan alam yang Allah tetapkan juga. Ini seperti kemarau, hujan, kezaliman, persaingan hamba-hamba Allah yang lain dan seumpamanya.

Allah tidak menzalimi hambanya, namun dunia ini bukan dihuni oleh dia seorang, tetapi berkongsi dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Juga dunia ini ada sistem yang berjalan seperti hujan, panas, kematian, kehidupan, malam, siang, tua, sakit dan seumpamanya yang tidak boleh diubah melainkan dengan kehendak Allah semata. Maka insan hendaklah sedar, ketika dia berusaha, dia sebenarnya menunaikan perintah Allah dan merupakan amal ibadah buatnya di akhirat. Jika dia gagal, bukan bererti Allah menzaliminya tetapi dia adalah makhluk yang terpaksa tunduk kepada perjalanan alam yang Allah ciptakan.

Kekerdilan insan tidak mungkin membolehkan dia mengatasi segala cabaran alam dengan sekadar usaha semata, maka di situ dia disuruh bertawakkal dan berdoa. Hanya Allah yang Maha Berkuasa boleh mengubah perkara yang lazim bagi alam.


- gambar hiasan

Namun, jika dia tetap diuji, bererti dia mesti terus berusaha sementara Allah tetap memberi pahala kepadanya.

Dengan itu dia telah menggabungkan iktikad dan tindakan. Menyebabkan dia cuba mematuhi tuntutan alam yang Allah tetapkan, dalam masa yang sama jiwanya bergantung kepada Allah.

WABAK DAN PENYAKIT

Memahami konsep ini adalah penting dalam kehidupan muslim agar betul iman dan tindakan. Dalam menghadapi bahaya yang mengancam; Islam melarang manusia memusnahkan diri mereka secara sia-sia.

Diharamkan membunuh diri sendiri atau orang lain, mencederakan diri atau orang lain. Semua itu dilarang melainkan dengan sebab yang sah seperti perang, bunuh balas, hukuman dan seumpamanya.

Firman Allah:

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

FirmanNya juga:

“jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Dalam ertikata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam. Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri.

Nabi s.a.w ketika berbicara tentang taun menyebut:

“Jika kamu mendengarnya (taun) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar lari daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan ‘quarantine’ agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini, Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi s.a.w:

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).


- gambar hiasan

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafi`i), kebanyakan salaf dan keseluruhan khalaf.

Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya…Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”. Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka.” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

Jika segala langkah telah diambil, namun penyakit atau wabak terkena juga sehingga mungkin membawa maut, maka ketika itu keadaan berada di luar dari penguasaan insan. Bukan semestinya tanda seseorang itu bersalah atau dibenci oleh Allah.

Ini sama seperti seseorang yang memandu kenderaan dengan cermat dan mematuhi undang-undang, namun tiba-tiba pihak lain melanggarnya, atau keretanya rosak dengan tiba-tiba, sudah pasti dia tidak dipersalahkan. Juga dia terpaksa menerima hakikat bahawa bukan dia seorang pengguna jalanraya.

Sikap cermat adalah satu faktor keselamatan, tetapi bukan segalanya. Namun apa yang dia mampu usaha hanyalah faktor tersebut, yang lain diluar bidang usahanya.

Demikian insan dan penyakit. Justeru itu, jika segala usaha telah dibuat untuk mengelakkannya, namun wabak dan penyakit menimpa juga, maka Nabi s.a.w pernah bersabda: “Siapakah yang kamu hitung sebagai syahid dalam kalangan kamu?”. Jawab para sahabat: “Wahai Rasulullah! Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid”. Jawab baginda: “Kalau begitu, para syuhada umatku sedikit”. Tanya mereka: “Siapakah mereka (syuhada) wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan taun maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan sakit perut maka dia syahid” (Riwayat Muslim).

Dengan itu Islam cuba mengatasi bahaya kehidupan di dunia, dan dalam masa yang sama memberikan jaminan kehidupan di akhirat. Di sudut lain, Islam memberikan keselamatan kepada jasad, dan kerehatan kepada jiwa jika jasad gagal diselamatkan.

Justeru insan muslim akan berusaha menyelamatkan diri dari bahaya penyakit, dan akan redha kepada Allah jika gagal.

Minda Perubahan


Salam Perubahan

1. Blog ni sebenarnya, aku buat untuk membawa kita berfikir tentang islam yang kita anuti ini. Selama ini, apa yang di ajar oleh tok guru di masjid mahupun ustaz2 kita telan bulat2, tanpa berfikir tentang kebenaran dan kebaikannya.

2. Bukanlah niat aku untuk membangkang apa yang telah kita buat dari zaman dulu. Hanya untuk membawa kita berfikir, setiap dari apa yang kita buat ini haruslah ada dalil dan sebab yang tertentu. Allah tidak menyuruh hambanya melakukan sesuatu tanpa ada alasan yang kukuh. Sesungguhnya dia lebih mengetahui.

3. Aku tidak mempersoalkan kredibiliti ustaz2 di luar sana. Namun kadangkala, kebanyakan ustaz di luar sana asalnya dari sekolah2 pondok. Kitab2 yang mereka gunakan mungkin asalnya dari sumatera ataupun dari lain2 negara. Ini membuatkan kadang2 apa yang benar menjadi palsu.

4. Kita pula, telah diajar dari kecik untuk tidak mempersoalkan ajaran ustaz. Ini sama sekali membuatkan kita jadi lemah. Orang bkn islam di luar sana membaca buku-buku tentang islam. Tidak kira lah dgn niat yg baik atau tidak baik. Mereka membaca dgn mnggunakan akal. Bila mereka berdebat dgn kita, kita kurang ilmu untuk membalas segala persoalan mereka.


5. Aku harap dgn adanya laman web ini dapat membuka mata kita semua. Yang penting adalah ilmu didalamnya. Ulama2 besar tak penah mengatakan segala apa yang mereka katakan adalah perlu diikut. Tetapi perlu difikir baru mengikut.
Segala yang baik datang dari Allah, Yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri..