BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

Cinta Aku

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padamu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya terpaut padamu,
agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu.

Cinta mmg indah..Dijadikan manusia mempunyai hati. Jika tersentuh, hati boleh jatuh cinta, hati juga boleh menangis dan ketawa. Indahnya ciptaan tuhan. Tetapi di sebalik hati terdapat juga nafsu. Didalam percintaan, jika berlebih2 sehinggakan tiada yg lain untuk dicintai, pasti nafsu akan menguasai. Letakkan cinta kita yang utama pada ALLAH, kedua pada Rasul, next for our mum and father. InsyaALLAH cinta kita akn menuju bahagia. ALLAH tidak mengharamkan sesuatu kecuali menggantikannya dgn sesuatu. ALLAH mengharamkan zina tetapi mewujudkan perkahwinan. Tidak perlu kita melakukan sex sebelum bernikah atas alasan cinta. Itu bkn lah cinta tetapi tetapi nafsu yang dikawal syaitan. Jgn terkeliru antara nafsu syaitan dan mata hati. Lelaki yang baik akn berusaha mengawal pasangan dan dirinya untuk tidak terjerumus dalam cinta nafsu. Sentiasa mengawal dirinya. tidak perlu mtk bnde yang bkn hak kta. yang hak akan tetap hak. Jika ianya hak kita, satu hari ia akan datang kepada kita. Sedih melihat perkembangan dunia skang. Anak luar nikah sudah menjadi perkara biasa. Harap-harap kita dilindungi daripada semua itu.

ALLAH yang lebih mengetahui,
Mohd Hafiz, A.M.O.

Monday, November 2, 2009

Renung-Renungkan dan Selamat Beramal

Setiap insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadang-kala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi.

Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w:

“Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.

Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita.