BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 11, 2009

Di Sebalik Cermin

  1. Hari Sabtu lepas, aku balik kampung. Aku sampai dalam 4.45pm. Lebih kurang 5.30pm, mak aku ajak ziarah kawan dia sakit, kawan dia kena cancer paru-paru. Aku pun pergi la sekali. Lagipun aku memang nak cuci gambar pun. Rumah kawan mak aku tu kat bukit candan. Memang aku kenal pun orangnya.
  2. Sampai je rumah kawan mak aku tu, kami pun bersembang la. Tentang penyakit die, kos rawatan dan macam-macam lagi. Sampai la satu topik ni yang menarik perhatian aku. Mesin oksigen yang digunakan oleh kawan mak aku ni dipinjamkan oleh persatuan cancer yang dibiyai oleh gereja kristian di Ipoh. Kawan mak aku ni hanya perlu mebayar RM100. Mesin itu boleh digunakan sampai bila2. Kira dia bagi sewa je. Aku tak persoalkan sewa tu, itu tidak ada masalah bagi aku. Yang menjadi msalah bg aku ialah, kenapa aku asyik dengar gereja kristian je yang bagi bantuan. Mane perginya masjid-masjid yang sepatutnya membantu orang Islam yang dalam kesusahan. Orang kristian membantu orang Islam yang dalam kesusahan?
  3. Malah di kawasan-kawasan orang asli pun mubaligh2 kristian ni telah sampai lebih dahulu daripada Islam. Tak perlu cerita di Sabah, Kristian sudah mempunyai tapak yang kukuh disana. Mengikut cerita abang aku yang pernah belajar di UMS, mubaligh kristian ni terlalu berani. Mengedar risalah2 sehingga ke stesen bus. Malah di hospital2 mereka memberi bunga dan buah-buahan. Mereka begitu mengambil berat kepada pesakit. Bagaimana pula jika pelajar islam yang tidak mempunyai kekuatan iman, sakit dan berjauhan dari keluarga. Mempunyai masalah. Aku berani jamin, mereka akan tertarik dengan pendekatan mubaligh ini seterusnya menukar agama.
  4. Berbalik kepada cerita kawan mak aku tadi. ‘sukarelawan’ kristian ni, datang hari2 ke hospital. Begitu mengambil berat. Pelbagai pertolongan diberikan pada kawan mak aku ni. Begitu juga dengan pesakit lain. Kita tak boleh marah dengan mereka kerana memberikan pertolongan, disebalik daripada itu hanya ALLAH sahaja yang tahu. Tapi jika benda ini berterusan aku yakin ramai lagi orang melayu akan meninggalkan agama Islam. Orang Kristian menggunakan pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah. Orang Islam?
  5. Adakah kita ingin menyekat mereka dari memberi bantuan. Apa hak kita untuk menyekat orang memberi bantuan. Itu aku tidak persoalkan. Yang aku persoalkan, di mana ustaz2 kita yang terlalu ramai kat Malaysia ni? Kita terlalu tumpukan isu-isu remeh, sehinggakan kita lupa. Kita terlalu berebut jawatan sehingga kita lupa orang islam di malaysia banyak yang telah meninggalkan agama. Ustaz-ustaz kita asyik memberi ceramah di masjid2, semuanya tak kena, semuanya salah, apa kah menjadi kesalahan jika kita mewujudkan persatuan yang memberi bantuan kepada orang ramai. Tidak kiralah bantuan itu pada yang bukan islam atau orang islam sendiri.
  6. Kita terlalu menggunakan kekerasan sehinggakan orang melihat Islam ini agama yang keras. Kita tidak menggunakan pendekatan psikologi. Rasulullah juga menggunakan pendekatan psikologi. Masih ingat lagi cerita Rasulullah dengan yahudi buta?kita perlu berubah. Permulaannya dari alim ulamak kita. Kita terlalu asyik berpolitik sehinggakan perkara yang ringan sudah menjadi berat. Sudah terlalu lama isu ini dibiarkan.

Allah lebih mengetahui...

Mohd Hafiz, A.M.O.

4 comments:

  1. bukan mustahil bila gereja kristian beri bantuan, aku tak pelik dengan semua ni, sebenarnya kita ada banyak pertubuhan islam, ko sendiri pun tau PEKIDA, YADIM n macam lg tapi semua tu CUMA SEKADAR PERTUBUHAN, dah berpuluh tahun muncul tapi tak sorg pun tau ape objektif diorang apa tujuan diorang tubuhkan NGO2 tu, kita nak salahkan sape kalau ramai muslim kuar islam? mungkin pegangan agama tak kukuh dijadikan alasan tapi kemana diorg bila org islam susah? ha.... jwb..jwb

    ReplyDelete
  2. tu la pasal...
    aku pun setuju...
    pertubuhan islam kita ni sekadar syarat...
    kita tumpukan dalam pembentukan akidah...
    kita lupa untuk mempertahankan akidah...
    bila sebut je pasal persatuan islam...
    mesti buat sedekah, ceramah kat masjid...
    tapi sebenarnya islam bkn sekadar semyang dan sedekah je...
    kita ni tau menghukum je...
    kalo akidah rosak terus menghukum...
    menyalahkan seseorang...
    kita kene berubah...

    ReplyDelete
  3. ada makna sumer ni, betul tu
    kita perlu berubah, islam perlu menolak politik sempit yang memecahbelahkan umat

    ReplyDelete
  4. Sebut pasal org kristian selalu berderma n bantu ramai org buat aku teringat satu program yang pernah aku join.program FEED The fasting. Program ini dikendalikan oleh pihak Islamic Relief Malaysia. Program ini diadakan setiap tahun pada bulan ramadhan. Bertujuan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik untuk menyambut ramdahn n hari raya dengan lebih bermkna. IRM satu badan kebajikan peringakt global n ditubuhkan pada tahun 1984 di Birmingham dan diasaskan oleh Dr Dr Hany Al-Banna.maklumat lanjut www.irm.org.pertubuhan islam yang agak aktif.Pe aku yang nak kongsi bukan pasal irm nie tapi pasal menteliti orang melayu yang sure beragama islam. Masa program itu adalah sidang akhbar bila tanya pasal dana or pemberi sumbangan jawapan yang diterima amat mengecewakan kerana majoriti yang memberi sumbangan untuk program Feed The fasting adalah NONMUSLIM dan yang meminta sumbangan adalah MUSLIM. Amat memalukan. Golongan NON MUSLIM lebih peka dengan dalam hal-hal begini dan mereka sedar tanggungjwab social mereka kepada orang lain. Tapi apa dah jadi dengan golongan MUSLIM yang lebih suka menadah dari memberi. Fikir-fikirkanlah. Adakah kita juga akan turut menjadi begini apabila kita mempunyai keupayaan untuk membantu orang laian. Pilihlah untuk menjadi peka atau pekak. Tak rugi kalau kita selalu membantu. Allah xkan sempitkan rezeki orang yang selalu bersedekah. Biarlah sumbangan yang dihulurkan kecil namun yang penting ialah niat dan usaha yang kita lakukan untuk membantu insan lain.

    ReplyDelete