BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 10, 2009

Kuala Sanglang

Gambar ni waktu aku kat Kuala Sanglang. Tempat ni tak jauh dari pekan Alor Setar. Lebih kurang 40km. Praktikal kat ctu mmg best. satf kat ctu pun baik2 belake. Penduduk kampung pun best.Mula2 aku smpai tempat ni aku mmg tak suka. tpt ni sebuah perkampungan nelayan. pekan die lagi kecik dari pekan karai. ade jeti tok nelayan. tapi bile dah lame2 aku duduk ctu, aku mule rase yang tempat tu cantik. Penuh dengan pemandangan. ade satu jalan kampung untuk ke Kuale Perlis. kalo kita ikut jalan tu, pemandangan die mmg cantik. sebelah kanan laut, sebelah kiri plak pemandangan swah yang menghijau. memang cantik. indah btol


ciptaan ALLAH. Mula2 tu aku tak suke tempat tu. Tapi bila dah dapat sesuaikan diri, aku jadi suke tpt tu. ye la tak kenal maka tak cinta. Tapi walaupun aku rase senang dekat Kuala Sanglang, aku tak rase tempat tu tak sesuai degan aku. Penduduk kat ctu kebanyakan nya nelayan ngan petani. Kemiskinan mmg ketara kat ctu. rumah2 dorang pun tak secantik rumah2 kita. malah taraf sosial pun agak tinggi kat ctu. Kat ctu tempat berlabuh nya penyeludup senjata, dadah dan manusia. Aku tak kata aku ni budak bandar. Tapi aku dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan senang. aku amat bersyukur. Untuk tinggal kat tempat mcm tu, aku rase aku tak sesuai. Tapi aku senang ngan tempat tu tapi untuk tinggal dalam jangka masa yang lama. Mungkin aku kena fikir dahulu. Kita harus bersyukur dengan ape yang kita ada. Kita dilahirkan

dalam keadaan yang serba sempurna. Tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah mudahnya untuk mendapatkan laut. Maklumlah terlalu hampir dengan pelabuhan. malah keramahan penduduk di sana juga menarik perhatian aku. Kadang-kadang aku rasa bagai artis. Setiap pergerakan aku mesti menjadi perhatian kat sana (beli air pun 'usha pelik'). Mungkin kerana aku orang luar. tetapi ada sesuatu yang merisaukan aku, taraf kesihatan penduduk kat sana masih rendah. Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit dek kerana pengetahuan tentang kesihatan yang rendah dan tahap kebersihan yang menyedihkan. Namun itu adalah pengalaman paling

berguna buat aku. Aku gembira di Kuala Sanglang. Aku harap satu hari nanti aku akan ke Kuala Sanglang lagi. Menyaksikan pemandangan mathari terbenam dan burung layang-layang pulang ke sarang, pengalaman yang tidak dapat aku lupakan selama sebulan di KUALA SANGLANG.


4 comments:

  1. cam best je pemandangan nye..
    jiwa pn tenang..
    hilang segala serabut kat kepala..

    ReplyDelete
  2. ye la,,tringin nak g,,aku syorkan ko trus duk sne je naidu,,he3

    ReplyDelete
  3. hahaha...
    aku tak sesuai r dok sane..
    dok pg bercuti je ok r..
    tinggal kat sane tak kot...
    jiwa aku bkn kat tpt mcm tu..

    ReplyDelete
  4. elo itu tempat kelahiran aku ler..yg dah lama aku tinggalkan.merantau le katakan.Jgn sedap2 nak mengutuk ye,,,anyway laut tu memang cantik,sapa2 nak tengok sunset pilah kat situ.Bangga jgak aku ada orang masuk cite dlm blok ye.

    ReplyDelete