BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 22, 2009

Minda Perubahan


Salam Perubahan

1. Blog ni sebenarnya, aku buat untuk membawa kita berfikir tentang islam yang kita anuti ini. Selama ini, apa yang di ajar oleh tok guru di masjid mahupun ustaz2 kita telan bulat2, tanpa berfikir tentang kebenaran dan kebaikannya.

2. Bukanlah niat aku untuk membangkang apa yang telah kita buat dari zaman dulu. Hanya untuk membawa kita berfikir, setiap dari apa yang kita buat ini haruslah ada dalil dan sebab yang tertentu. Allah tidak menyuruh hambanya melakukan sesuatu tanpa ada alasan yang kukuh. Sesungguhnya dia lebih mengetahui.

3. Aku tidak mempersoalkan kredibiliti ustaz2 di luar sana. Namun kadangkala, kebanyakan ustaz di luar sana asalnya dari sekolah2 pondok. Kitab2 yang mereka gunakan mungkin asalnya dari sumatera ataupun dari lain2 negara. Ini membuatkan kadang2 apa yang benar menjadi palsu.

4. Kita pula, telah diajar dari kecik untuk tidak mempersoalkan ajaran ustaz. Ini sama sekali membuatkan kita jadi lemah. Orang bkn islam di luar sana membaca buku-buku tentang islam. Tidak kira lah dgn niat yg baik atau tidak baik. Mereka membaca dgn mnggunakan akal. Bila mereka berdebat dgn kita, kita kurang ilmu untuk membalas segala persoalan mereka.


5. Aku harap dgn adanya laman web ini dapat membuka mata kita semua. Yang penting adalah ilmu didalamnya. Ulama2 besar tak penah mengatakan segala apa yang mereka katakan adalah perlu diikut. Tetapi perlu difikir baru mengikut.
Segala yang baik datang dari Allah, Yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri..

1 comment:

  1. Insan Fakir:
    Ilmu agama seringkali di fokuskan kepada para2 ustaz di sekolah...tp memang btl pn jd cm tue....fahaman yg berbeza memberikan kepalbagaian ilmu kepada kita...jnji tk memesongkan akidah...

    pndapt sedara tntg: 5 solat waktu tlh dipatuhi setiap hari....membaca Alquran inshaallah setiap hari...kenapa masih lg hamba Allah yg bergelar manusia lg dikurniakan akal masih membuat maksiat dan kemungkaran...padahal solat itu dianggap sbg pencegah kemungkaran dan kemaksiatan...masyaAllah....boleh dikatakan manusia ini bodoh kerana tidak dapat melawan nafsunya sendiri....

    ReplyDelete