BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

Cinta Aku

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padamu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya terpaut padamu,
agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu.

Cinta mmg indah..Dijadikan manusia mempunyai hati. Jika tersentuh, hati boleh jatuh cinta, hati juga boleh menangis dan ketawa. Indahnya ciptaan tuhan. Tetapi di sebalik hati terdapat juga nafsu. Didalam percintaan, jika berlebih2 sehinggakan tiada yg lain untuk dicintai, pasti nafsu akan menguasai. Letakkan cinta kita yang utama pada ALLAH, kedua pada Rasul, next for our mum and father. InsyaALLAH cinta kita akn menuju bahagia. ALLAH tidak mengharamkan sesuatu kecuali menggantikannya dgn sesuatu. ALLAH mengharamkan zina tetapi mewujudkan perkahwinan. Tidak perlu kita melakukan sex sebelum bernikah atas alasan cinta. Itu bkn lah cinta tetapi tetapi nafsu yang dikawal syaitan. Jgn terkeliru antara nafsu syaitan dan mata hati. Lelaki yang baik akn berusaha mengawal pasangan dan dirinya untuk tidak terjerumus dalam cinta nafsu. Sentiasa mengawal dirinya. tidak perlu mtk bnde yang bkn hak kta. yang hak akan tetap hak. Jika ianya hak kita, satu hari ia akan datang kepada kita. Sedih melihat perkembangan dunia skang. Anak luar nikah sudah menjadi perkara biasa. Harap-harap kita dilindungi daripada semua itu.

ALLAH yang lebih mengetahui,
Mohd Hafiz, A.M.O.

7 comments:

  1. cinta adalah satu daripada anugerah ilahi.
    kerna cinta manusia bahagia namun kerna cinta juga manusia binasa.cinta yang disulam dengan nafsu amarah pasti akan mengundang nestapa tapi cinta yang disulam dan dibaja dengan iman dan taqwa pasti membawa kebahagian yang hakiki. tiada cinta yang lebih agung daripada cintakan Ilahi.namun untuk mendapatkannya bukan satu perkara yang mudah. banyak perkara yang perlu dilakukan dlam usaha mencapai cinta ilahi. mudah2qan kita semua mampu mencari cinta ilahi yang maha agung.

    ReplyDelete
  2. Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

    ReplyDelete
  3. wah2 lin...
    pandai bermadah dah skang..
    hahaha...

    ReplyDelete
  4. maklum la da jd dr.cinta skang ni..
    hehe..

    ReplyDelete
  5. Lelaki yang baik akn berusaha mengawal pasangan dan dirinya untuk tidak terjerumus dalam cinta nafsu. Sentiasa mengawal dirinya. tidak perlu mtk bnde yang bkn hak kta. yang hak akan tetap hak. Jika ianya hak kita, satu hari ia akan datang kepada kita..aku ske ayt nih,,!

    ReplyDelete
  6. ko suke nanti ko nasihat kat bakal suami ko...
    hahaha

    ReplyDelete
  7. insan Fakir:

    Cinta adalah satu topik yg amat digemari...bahkan dlm ceramah agama pabila diberikan topik cinta pasti menarik ramai org...
    Indahnya cinta pabila kita dpt menghaYatinya dengan penuh keinsafan dan rs tawaduk...cinta pada Allah sukar dilafazkan...adakah kita benar2 cinta pada Allah??sekiranya benar mana buktinya...pabila dilanda kesusahan barulah cinta kepada Allah tersemat dihati...tatkala kesenangan menjiwai diri Allah dilupakan, Allah MAha Pemurah n Pengampun...tetapi manusia suka mengambil kesempatan akan Kemurahan Rahmat Allah...mereka lupa Allah juga Maha Zalim kepada hambanya yang Ingkar...
    Apa yang kita ada sebagai manusia...harta?wang? itu semua Hak Allah...kita adalah Fakir di bumi fana ini...Roh juga hak Allah...harta kepada manusia hanyalah amalan sebagai bekalan di Akhirat kelak...
    Cinta dunia???cinta pada kekasih???siapa kekasih sebenarnya???apa maksud kekasih??kenapa kita perlukan kekasih untuk memanipulasikan kasih kita...dengan berbuat maksiat...menyerahkan tubuh yg bukan hak kita...adakah itu dikatakan kasih yang sebenar???dimulakan dengan hal ringan2 berpegang2 tangan...wwwwwaaaaa dikatakan indahnya dunia tatkala dapat merasai suasana yang sedemikian...Jangan terpedaya dengan Cinta dunia...Palsu semata2 selagi kita belum diikat dengan ikatan yang dibenarkan syarak....Salah bermain dengan Cinta Punah musnah Diri selamanya...

    ReplyDelete