BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 4, 2010

minta sana minta sini...

ade satu realiti yg kita tak boleh elak wktu ini ialah kebenaran adalah sesuatu yg menyakitkan..sukar kita nak menerima kebenaran..kita terlalu sukar utk menerima kritikan tidak kiralah dlm kehidupan mahupun pekerjaan..yg kita tahu hanyalah meminta-minta tanpa berasa syukur diatas apa yg ada..bknlah niat utk tidak memandang jasa guru yg telah memberi ilmu sehinggan aku boleh mengjritik mereka semula..namun adakah salah aku mengkritik mereka atau menutup mata dan menjadikan mereka seperti malaikat?mari kita renungkan..guru dahulu dan guru sekarang..guru dahulu mngajar dgn penuh dedikasi..mmg benar keadaan dahulu dan sekarang amat jauh berbaza..tdk adil jika kita bandingkan 100% peratus..namun begitu tidak adil juga apabila mereka mendapat pelbagai imbuhan,jika mereka sentiasa merungut dan tidak menjalankan tugas mereka sebaiknya..adakah guru dahulu mendapat pelbagai imbuhan seperti yg mereka nikmati skarang?cuba bandingkan dgn pekerjaan lain.adakah mereka tidak rasa tertekan?pekerja kesihatan..yg sentiasa dihentam kiri dan kanan..mlh nyawa mereka jika mngkin mnjadi pertruhan kerana pelbagai pnyakit yg blh berjngkit.pkerjaan mereka blh hlg hanya dgn satu kesilapan...polis..yg mnyerahkan nyawa mereka bila2 masa pd tgn musuh..seorang ayah yg senyum pd anaknya sewaktu keluar pg namun pulang dgn mnjadi mayat kerana ditembak penjenayah...askar yg terpksa menjalani latihan keras setiap hari..perlukan kekuatan mental...adakah pekerjaan ini tidak tertekan?namun setiap tahun kita msh dgr guru merungut..minta itu minta ini..saya yakin akan ada guru yg melenting membaca kritikan saya ini..namun sya juga ada hak berbicara..tahu apa yang diperkatakan...sya juga pernah menjadi guru..

masuk universiti hanya blaja ''komplen''...

dah lama rasenya aku tak tulis dlm blog aku ni..di atas sbb kesibukan keje aku dan juga beberape sbb yg tak dpt di elakkan, blog aku ni terbiar mcm sebuah tnh gersang..mcm itu juga la diri kita..asalnya seperti tanah gersang..kosong dan dipenuhi oleh lalang..lalu diusahakan tanah itu menjadi sebuah kawasan yg membangun..diri kita juga begitu..asalnya kita adalah seorang yg bodoh lalu diberikan pendidikan sehingga kita menjadi seorang yg pandai..namun ada juga manusia yang merasakan dirinya sentiasa betul diatas kepandaian yg dimilikinya..menjadi terlalu bongkak dan merasakan diri org lain sentiasa slah..adakah ini yg telah diajar di universiti?mengikut pemerhatian aku, mereka yg byk ''komplen'' ni adalah org yang terdiri daripada graduan universiti..malah mereka sendiri juga tidak tahu apa yg mereka ''komplen''...asal mengikut logik akal dan memudahkan mereka, ianya harus di ''komplen''..jadilah kita sebuah masyarakat yg nampak sentiasa jenaka..

Tuesday, February 9, 2010

Update...

Dah lame rasenye aku tak update blog aku ni...slame percutian aku ni aku mencari ilham dan cte2 yg nak aku kongsikan ngn korang sume..ade gak yg bertanye knp aku dah lame tak update..ni lah jwapannye..pastu p[lak aku akn bekerja tak lame lg di hospital sungai petani..jd mngkin aku krglah utk update blog aku ni pasni..tp aku akn cube lah sdaye upaya tu update skerap mngkin..thanks..

Wednesday, December 2, 2009

Ayah dan Ibu


Aku pernah di tanye oleh seorang sahabat aku...pasal r ko balik kg slalu.kat kg bkn ade pun...aku hanye senyum..jauh di sudt hati aku,aku punyai alasan yang tersendiri...kalau d fikirkan balik, malas btol nak balik kg..kalau bernasib baik hanya 2x bus..tapi kalo nasib tak baik smpai 4x tkr bus..slalunya nsb tak baik..heheh..tp itu bkn alsn..kat kg, aku ade family.aku ade ibubapa..aku tak tau la korang semua sedar ataupun tak..dlu waktu kte kecik,bapak kita gagah buat kerja2 umah,jarang kne sakit.ibu kita kuat melakukan kerja-kerja rumah.kedutan kat muka dorang pun takde.tapi skang dah mkn byk kedutan..rambut pun dah mkn byk beruban..dah segagah dulu..malah mase kita ngan mereka pun semakin singkat..dulu dlm seminggu berape kali kita sembang ngan dorang? bape kali bergurau ngan dorang? tapi skang dalam sminggu bape kali? kita sering memberi alsan sibuk..aku faham memang kesibukan akan mendakap kita semua,aku pun begitu, tapi tak salah kalau ade mase kita pulang ke kg berjumpa mereka. gembirakan hati mereka..betapa gembiranya hati ibubapa jika kita pulang ke kg..nampak keceriaan terpapar di wajah mereka..besar pahalanya...aku nak ajak korang refresh balik mase lampau.Apekah benda derhaka yang korang buat kat makbapak..aku rase semua pernah tinggikan suara?betapa besar dosa kita buat cmtu...skang kita dah dewasa. ape lagi yang mampu kita buat.bkn rumah besar,kereta besar atau pangkat besar yang makbapak kita nak lihat..jauh di sudut hati mereka,mereka ingnkan anak mereka berada sentiasa dekat dengan mereka..sebab tu aku slalu balik kg..dlu aku pernah melakukan kesilapan kat orang yang paling aku sayang..kerana kesibukan aku, aku tak sempat nak tgk, nak melawat tok aku ketika die tengah nazak.akhirnya aku hanya sempat tgk mayatnye sahaja.apakah makna semua tu?dah takde mane ape2..berderai air mata darah pun takkan dapat ulang kembali masa...aku taknak aku ulangi lagi kesilapan...kawan aku pernah ckp, bnde tu bese r..ntah2 kte pergi dulu...aku bls balik...itu kalau kita..kalu dorang?ble dah dorang tak de baru kita nak sanjung..nak menangis..takde guna dah..di kesempatan yang ade ni baik kita gembirakan hati...ti ble kte dah ada komitmen lain seperti kuarge..peluang kita mkn sempit..bagi aku mak bapak adalah segalanya..aku pernah tgk ibu melahirkan anak..aku tau betapa susahnya pengorbanan dorang...bapak pula,walaupun takde duit dia carikan gak..mungkin sebab tu la tulisan aku selalu berkaitan ibubapa...kerana aku menyanjungi mereka..aku akan bals jasa mereka dgn menyayangi mereka..Terima Kasih ayah dan ibu..

Tuesday, December 1, 2009

Perubahan Penyakit


zaman dulu, waktu zaman ayah2 kita n nenek kita. pola penyakit pada waktu itu disababkan oleh alam (environmental disease). penyakit seperti disentri,cholera (cirit birit), malaria, filariasis (untut) dan byk lagi adalah dikaitkan dgn tahap kebersihan dan penyakit bawaan vektor seperti nyamuk. ini adalah disebabkan tandas yang tidak sempurna waktu dahulu dan tahap kebersihan alam sekitar yang kurang terkawal pada waktu itu. malah tandas bergerak juga amat popular pada zaman itu. ini telah mengakibatkan penyakit2 environmental disease ini.malah vektor bagi malaria dan filariasis juga dikaitkan dengan air yang kotor. Namun perubahan zaman telah berlaku dengan pantas. pola penyakit juga telah berubah dengan pantas. dari environmental disease kepada life style disease. penyakit gaya hidup adalah masalah terbaru yang cukup memeningkan kementerian kesihatan. diabetes (kencing manis), hypertension (darah tinggi), barah dan byk lagi adalah berpunca daripada gaya hidup seseorang. corak masyarakat di malaysia kini yang mengamalkan gaya hidup yang tidak betul juga menjadi punca peningkatan masalah ini. gaya pemakanan yang berlemak, krg bersenam,merokok dan mengambil alkohol adalah punca utama yang dikenalpasti. rakyat Malaysia perlu sedar bahawa penyakit ini adalah amat sukar untuk dirawat. berbeza dgn environmental disease, terdapat rawatan yang spesifik terhadap penyakit itu. Namun life style disease adalah sukar dari segi rawatan. Mereka akan bergantung kepada ubat sepanjang hayat. Pola penyakit akan berubah mengikut zaman dan apa yang dirisaukan ialah suatu hari anti mungkin pola penyakit akan berubah lagi. Lihatlah sekarang,tanda2 sudah ada. mutasi virus disebabkan oleh kaonteksasi daripada dua haiwan. samada manusia dengan haiwan ataupun haiwan dengan haiwan. cthnya yg terbaru ialah H1N1. sma2lah kita berdoa agar kita dilindungi.amin.

ALLAh yang lebih mengetahui,
Mohd Hafiz, A.M.O.